Jumaat, 8 Ogos 2008

Nota Perdagangan

BAB : PROMOSI

Maksud : Kaedah atau cara untuk memberitahu, menyedar atau memujuk dan mempengaruhi pengguna membeli barang.

Peranan Promosi
i. Menyampaikan maklumat
- maklumat yang disampaikan termasuklah cirri barangan, harga barangan , cara penggunaan dan kelebihan barang untuk menarik perhatian pengguna.
ii. Memujuk dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli barangan.
- menonjolkan kelebihan dan keistimewaan serta mengaitkan dengan kehidupan yang sempurna.
iii. Mewujudkan pasaran baru
- menyampaikan maklumat keluaran baru
- mempengaruhiu pengguna untuk mengguna produk tersebut.

iv. Mengekalkan pasaran sedia ada
- mengingatkan pengguna bahawa barang masih wujud malah telah diperbaiki kualitinya.
- Mewujudkan pelanggan setia / tetap

v. Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos
- Kuantiti jualan meningkat dan seterusnya meningkatkan keuntungan
- Pengeluaran secara besar-besaran akan mengurangkan kos seunit
- Harga barang akan menurun

vi Memantapkan imej barang dan syarikat
- mewujudkan nama baik kepada syarikat
- melahirkan kesetiaan pengguna terhadap sesuatu barang.

vii Mengatasi pesaing yang mengeluarkan barangan yang sama dalam pasaran.
- promosi akan mempengaruhi pengguna untuk menggunakan jenama barang tersebut.












Promosi Dalam Pemasaran

Pemasaran : Strategi atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan barangan darpada
Pengeluar kepada pengguna.


Campuran Pemasaran : Gabungan keempat-empat unsure iaitu produk, harga, promosi
Dan agihan.


Sasaran Pasaran : Pembeli yang akan disasarkan menjadi pelanggan barangan, mengikut
Jantina, umur, cita rasa, pendapatan, bangsa.


Campuran Pemasaran

Produk

PROMOSI
HARGA
AGIHAN

.

salam pengenalan

Seronoknya , ada laman blog sendiri, macam-macam boleh tulis
Kalau nak belajar perdagangan, boleh lah layari laman blog saya, garenti dapat A